UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :G Geography (General)
ISSN :1985 - 496X
Main Author :Ariffin Khairi, Ibrahim Mohd Hairy, Kamaruddin Mohamad Kamal,
Title :Kajian perubahan dan status alam sekitar kawasan sekitar laluan kereta api lama dari stesen Taiping ke Port Weld, Perak, 1885-2010 (IR)
Year of Publication :2014
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Kawasan warisan kereta api lama di Perak ialah bekas laluan kereta api antara Taiping-Port Weld (Kuala Sepetang). Laluan ini pernah memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negeri Perak. Kajian ini menggunakan metodologi observasi visual. Di sebabkan kepesatan pembangunan dalam sistem pengangkutan jalan raya maka jalan kereta api ini telah ditutup dan ditinggalkan lebih 30 tahun lalu. Namun aktiviti manusia masih dijalankan di sepanjang laluan tersebut termasuk di beberapa kawasan seperti di bandar Taiping, pekan Aulong, Simpang dan Kuala Sepetang.Aktiviti ini juga telah merubah alam sekitar fizikal menjadi kawasan pertanian kelapa sawit, kawasan perniagaan, kawasan petempatan dan aktiviti perikanan. Kawasan paya bakau hanya tertumpu di kawasan Kuala Sepetang dan beberapa kawasan belukar serta kawasan tanah rendah berpaya yang terdapat antara kawasan Aulong hingga ke Kuala Sepetang. Kawasan warisan ini dihuni oleh manusia secara tetap pada masa kini. Dapatan kajian ini menunjukkan keunikan persekitaran stesen kereta api di Taiping dan Stesen Keretapi Port Weld yang asal telah hilang hasil daripada pemerhatian secara visual. Ini merupakan satu kehilangan besar bagi warisan kereta api terunggul di Malaysia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)